0 cutest
:: Shima Yahya ::: "Tuhan Tu Mana Pernah Nak Adil"

"Tuhan Tu Mana Pernah Nak Adil"


Orang kata life ni tak adil. Orang kata laa.

"Tengok dia tu. Tak solat pun tapi kaya, rezeki melimpah ruah. Pakai kereta mewah la iphone 6 ada lima. satu dia guna, empat lagi dia buat alas kaki meja. Aku yang solat siang malam ni pun hujung bulan mulalah start makan maggi"

"Dia tu kan takde lah baik mana. Aurat tak tutup, tudung pun jarang jarang nak pakai tapi UPSR, PMR, SPM semua straight A's. Aku ni study pulun habis sampai pening kepala, bila keluar result, takdelah bagus macam dia"

"Dia tu hidup tak ikut cara islam pun. Malam malam pergi club, minum arak. Nak sentuh Quran apatah lagi tapi hidup dia happy je gembira je aku tengok. Aku yang tak buat benda benda haram tu pun selalu rasa sedih, Haih tak adil betul lah"

Pernah rasa tak?


Emmm


Tipulah tak pernah rasa. Sebab sebagai manusia biasa yang jiwa fragile macam kita semua ni memang akan ada satu tahap kita rasa macam Tuhan ni tak adil sangat dekat kita. Sampaikan rasa macam dianak tirikan. Kadang kadang punya dramatik tu sampai menangis nangis depan Dia tanya kenapa Tuhan uji macamni. Tuhan tak sayang ke?

Amboih.


Uji sikit terus assume Tuhan tak sayang. Padahal tahu tu, tahu sangat dah "Tuhan uji sebab sayang" tapi ego balik tanya ke Tuhan "Kalau sayang kenapa uji macam ni?". Ewah kau. Menjawap.
.
.
.
Ok contoh. Kita tengok adik kita main pisau tajam. Kita ambil pisau tu dari dia, mulalah dia meraung. Sebab bagi dia, pisau tu nampak 'seronok', tapi bukan pada kita. Sebab kita lagi tahu dari dia kan. Benda yang nampak 'seronok' pada mata adik kita, tak semestinya baik pada dia. Faham ?

Tuhan tu dia tahu semua. SEMUA. Esok, Lusa, Bulan depan tahun depan semua Dia dah tahu apa nak jadi. Harini kita punyalah menangis bila Tuhan dok tarik satu benda dari kita. Menangis nangis minta Tuhan pulangkan. Janji macam macam asalkan Tuhan pulangkan balik, bagi balik apa kita nak tu. Sebab apa? Sebab kita rasa benda tu baik untuk kita. Tapi sebenarnya apalah sangat yang kita tahu nak dibandingkan dengan Dia. 


Tarik nafas kejap.


Dia tu, Tuhan tu. Tu yang dekat atas tu kan, Dia bukan bodoh tau. Dia bukan bodoh nak saje saje tarik something dari kita. Semua yang Dia buat, mesti ada sebab. Dan tak kira apa sebab pun, benda tu lah yang terbaik untuk kita.

Dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali akan menggantikannya dengan yang lebih baik.

Ada yang kamu suka tapi memberi keburukan kepada kamu dan ada yang kamu tak suka tapi mendatangkan kebaikan untukmu.

Memang ada satu masa tu kita rasa lembik gila dah kena uji. Bila orang kata "Kau kuat, sebab tu Alah uji. Dia tak uji kalau kau tak kuat" masa tu kau dah taknak dengar dah. Kau rasa nak selotip je mulut dia lepastu jerit guna mikrofon "CAKAP SENANG LAH BUGIMAA". Sebab diorang tak faham, tak rasa, Yang rasa cuma kita... dan Tuhan? Tapi kenapa taknak tolong?

Ehem.

Sebab hidup ni bukan untuk kita happy semata mata. Hidup ni perjalanan tau. Perjalanan menuju ke destinasi. Dan dalam perjalanan tu kau kena lalu macam macam liku kehidupan. halamak ayat. Ok ayat mudah, dalam perjalanan kau ke satu tempat. Kau kena isi minyak, kau kena hadap jammed. Bila lapar kena berhenti makan. Ada masa kereta pulak rosak. Jadi begitulah, hidup ni bukan untuk kita bersenang lenang semata mata.

.
.
.
Jadi, bila kau rasa hidup kau susah, ada yang lagi susah.
Kau rasa hidup kau sedih, berlambak ada lagi yang sedih.
Kau rasa macam nak mati, kau tak fikir pula ada yang kena fight dengan penyakit dia semata mata nak hidup.
Kau rasa Tuhan dok uji kau berat, ada lagi yang berat.
Sebab, Hidup ni takkan pernah mudah.


Aku pun pernah rasa dunia dan hidup ni tak adil.
Sampailah aku perasan, ianya memang tak adil untuk semua orang.

Gelak.

Tuhan punya adil memang power.

No comments:

 
© Zaidatul Shima Binti Yahya