0 cutest
:: Shima Yahya ::: December 2013

SPM.

Hi. Assalamualaikum.
Actually lama dah habis spm. Sangat lama. Kira macam dah seminggu lebih jugalah aku berlifeless di rumah ni. Sebelum SPM kalau boleh macam macam nak plan keluar lah tengok wayang lah kerja lah pergi marikh lah itu lah ini lah. Tapi realitinya, lepas SPM aktiviti kau cuma makan-tidur-online-makan-tidur-online dan ulanglah sampai bila bila.

Mungkin kepada yang belum habis SPM memang rasa wah wah untunglahh freedom untunglah tak payah pergi sekolah. Tapi percayalah, lepas kau habis je paper last, bila kau dah balik rumah, time tu baru kau sedar yang dalam hati kau, lebih banyak perasaan sedih sebak dari happy. sobsss


Bila tengok nota nota kau, nanti kau rindu dekat cikgu yang ajar subjek tu. cikgu tu tau. Bukan rindu belajar subjek tu. kahkah.

Mungkin before habis sekolah kau dengan kawan kawan kau gerenti ada cakap weh jangan lupa aku, nanti contact contact lah. Tapi bila dah habis sekolah, mungkin cuma dalam 50% je yang kau masih nampak. Itu pun just melalui twitter, wechat and other social networks. Yang mana tak ada, memang kau takkan nampak dah, Takpe, anggap diorang kena culik dengan alien dari marikh. Husnodzon babe husnodzon.

Throwback waktu paper biology 3. Bila pengawas kata "Masa tinggal lagi 10minit, calon tidak dibenarkan keluar dewan" Time ni jantung memang dupdap dupdap. Excited gila.
Bila masa dah tamat, pengawas kutip kertas memang masing masing senyum ke telinga lah kan.

Target? Tak target, sebab aku dah tau yang math, addmat, fizik, bio chemistry aku memang tak A, haha jarang kan nampak orang target macam aku hahahaa.
Btw, aku tak dapat PLKN panggilan pertama. Alhamdulillah.
Bye Assalamualaikum.




 
© Zaidatul Shima Binti Yahya