0 cutest
:: Shima Yahya ::: Perjalanan Laluan Ke Neraka ( PLKN )

Perjalanan Laluan Ke Neraka ( PLKN )


Sedang enak dibuai mimpi, tiba tiba telefon berdering kringgg kringg pinta untuk diangkat.
eh tidak, tipu. Ringtone seperti ini " I am at payphoneee tryin to call homeee all my chance i spendd on chiuuuu "
Telefon ditatap olehku, nombor asing.
Lalu direject (tak suka angkat nombor asing uolzz)
Selepas direject, terlihat pesanan yang belum dibuka. Lalu dengan mata yang separuh terbuka itu, dibukanya application whatsapp. Dari teman, Mira. Lalu kubuka tanpa memikirkan apa apa.
" Shimaa!!!!!! "
Foto yang dihantar Mira. Masih dalam keadaan mamai, sekali lagi telefon berdering..
i'm at a payphone tryin to call home
Kali ini tidak direject, lalu diangkat dan diletakkan telefon di telinga. Eh dah lah malas nak bersastera sangat.
" Shima!! kau tidur ke?!! "
" Aah... ye aku dapat PLKN.."
Dari radhi.
" Kau dapat tak dee? "
"Takk. Aku, Myra, Mimi semua kawan kita tak dapat. Kau je dapat "
Berborak, sambil aku menangis macam orang gila. Macam budak kecik tak dapat mainan.


But now kau tengok apa jadii. Pagi tu memang aku dah menjerit jerit waktu on call dengan Radhi. Then keluar menangis. Cakap dekat faizul " Wehh aku dapat PLKN. Taknakkk " Sambil nangis tersedu sedu.
Faizol: Gi jelah. Best pe.
tak guna punya abang.
 terus pergi tagih simpati abang lagi sorang pulak.
Dah lah tahu tanya nape nape je. Then kata aku mengada pula sebab taknak gi PLKN.
To be honest, memang aku down gila, Sebab aku memang taknak. Lepastu aku sorang, kalau kawan kawan aku dapat, aku terima lagi. Aku menangis kecewa tu dari pukul 9 sampai pukul 2 petang. Lama tak lama. Tanpa henti weh! Hahahaha. Mungkin ada sesetengah orang kata
" ek eleh plkn je kut. takkan nak nangis kut. bukannya mati pun kut"
Yelah, aku tengok dekat twitter, yang menangis dapat plkn pun kebanyakannya perempuan. jenis yang duduk rumah. tak active. comel. eh. haha.
Sometimes aku rasa macam god pls wake me up from this nightmare. Tak sanggup aku. Sebab aku taknak.


Redha jelah.
yang terpilih, hanya aku sorang. 
"Mula mula memanglah taknak. Menangis semua, nanti dah pergi, Mesti menangis tanak balik. Percayalah
well i get this a lot. Nak juga tau macam mana keadaan aku nanti. So tunggu lah lagi beberapa bulan. I will update a new entry (after i come back from plkn).
Kalau aku cakap best, pukul aku ramai ramai tau.
taknak pergi lew. Bye Assalamualaikum. Wish me luck! :)

p/s: Entah apa kena mengena plkn dengan duduk rumah kemas rumah pun taktau lah.


4 comments:

farihin Bidin said...

same here. right now i'm google how to elak plkn. and jumpa post ni. arghhh... kalau boleh mmg tknak pgi.
btw, awk kump berapa?

Shima Yahya said...

hahah kumpulan tiga but saya tangguh sebab sambung study hehe

arham grafer said...

awk smbg study?naik form6 or ipta?so,awk ambek borang penangguhan lh ?

Ain Zulaikha said...

aku x nak dowh masuk plkn ni😢aku bukan jenis yang aktif..haihh..aku harap sangat aku x masuk plkn ni..aminn

 
© Zaidatul Shima Binti Yahya