0 cutest
:: Shima Yahya ::: Tips menjadi Blogger Hebat macam Saya

Tips menjadi Blogger Hebat macam Saya

Okay sebelum anda mengeluarkan muntah yang diikuti kahak berwarna hijau kebiru-biruan *Daym geli syial . Lebih baik aku betolkan ayat aku tu dulu . Sebenarnya tips untuk menjadi blogger hebat seperti mereka . Haha . Saje je tukar dari Mereka ke saya biar korang cakap perh gila annoying tittle post dia, meh aku cekidout sikit apa dia tulis . Okay anda tertipu. Antara tips yang aku dapat dari blogger2 hebat yg aku blogwalking harini..adalah...

1. ALAMAT BLOG
Janganlah letak url blog yang susah orang nak ingat. Sedangkan alamat rumah aku pun posmen selalu terhantar salah surat. Rumah aku no.17 block 1 Tapi selalu dapat surat untuk rumah no.17 block 9. Sangat tak kelakar okay -,- Kalau boleh guna alamat blog yang orang tak perlu tanya " macam mana nak eja ? " jadikan ia senang nak ingat . Cuba kalau..
syieracumelzzhotstuffz.blogspot.com
Okay sila cuba hafal dalam masa 10saat. Okay fail. next!

2.Minda
Okay yang mana lebih cenderung untuk dipilih ? www.aaronaziz.com atau aaronaziz.blogspot.com ? Selalunya kita lebih suka nak tengok yg blogspot sbb selalunya blogspot adalah hasil titik peluh jantan penulis sendiri. Kalau www.com selalunya laman web rasmi aaron aziz yang hanya muncul profile lengkap. Kalau nampak blogspot cepat2 click nak jadik stalker. Kan? Eh macam tak sesuai je guna Aaron Aziz sebagai contoh sebab selalunya ada blogspot ke tak orang tetap nak click Aaron Aziz.

3.Gambar
Adalah sangat menyedihkan seperti cerita bersamamu jika diletakkan gambar yang kabur. Bukan kabur kerana guna soften dalam picnik tetapi sebab menggunakan kamera 1 megapixel. Kalau gambar terang2 tuh selera sikit orang nak tatap. Seeloknya letak gambar yang ada kena mengena dengan post . Jangan post punya tajuk Tips menjadi Blogger Hebat macam Saya tapi pergi letak gambar tangan then ade misai yang amik dari tumblr T_T

4.Ejaan
Tolong jangan guna banyak shortform. Dia jadik Dy , Mereka jadi mrka , Semua jadi sume , Engkau jadi kau eh yang kau ni memang boleh . Kerana tiada orang seach di google menggunakan short form. Lrik lagu cnte iny mbunuhku. Tak ada okay ?

5. Jangan lari tajuk.
Letak tajuk entry TIPS NAMPAK TINGGI. tapi sebenarnya cerita pasal kucing dia mati. Ataupun Letak tajuk period tapi isik tentang SMS dari teman. Okay itu aku T_T

6.Tajuk entry ngaummm ~
Tajuk entry kena mengancam. Yang menarik perhatian. Aku pernah buat tajuk AKU KENA KAHWIN DENGAN PILIHAN PARENT AKU.MUKTAMAD. then traffic aku naik sebanyak 5 orang ( okay sila gelak ) Hahaha . Sangat menyedihkan aku ni . Cuba letak tajuk post SHIMA YAHYA. Adalah sangat annoying untuk sesiapa yang tak berminat nak kenal aku. Cuba kalau aku letak MY LIFE DIARY / CERITA HIDUPKU / SHIMA UNYE DIARY . ade sesape nak click? jangan harap. 
Okay itu saja

2 comments:

Cik Zaitul said...

okay..pasni ikut kate awak..:P

Shima Yahya said...

@Cik Zaitul

Okayyy , bagosss . ihihi :)

 
© Zaidatul Shima Binti Yahya